SUBSIDI minyak ???? maner ada !!!

Hassan, Husam and The Truth About Fuel Subsidy

18
06
2008

Last
night, Hassan Marican appeared on National Television willingly to bare
all about Petronas. Unfortunately, the only answer he should have gave
last night to those stupid panels (and moderator) was “Bloddy hell,
what a stupid question! Go and **PAKLAH** yourself la!” but he remained
calm though.

Most probably the instruction was to grill him as though the increase of fuel prices is all Petronas faults.

 

Meanwhile, Last week, before leaving for Dubai, Dato’ Husam Musa
called for a Press Conference to reveal all the facts and to justify
his claim that it is not necessary for the government to increase fuel
prices. It is also to give his insights on how actually it is possible
to reduce the fuel prices.

Unfortunately, none of it ever came out in the mainstream papers
although we have about 30 journalist and broadcaster packing the small
office. The TVPAS reporter came ten minutes later and arrogantly left
the room because the session already started. As a result, the session
goes unrecorded. It was a total blackout on what was said and PAS
official organ too play a role in it.

I have written in this blog all the facts and have published the
figures to justify the claim where many are more interested to use
rhetoric and to show the slimy strength by demonstrating and cause
misery to the already much affected taxi drivers and shoppers in KL.

To some politicians, it is easier to get your photos and story
published in newspaper by behaving like hooligans in public places yet
when you got the chance to speak up, only buckets of nonsense do come
out.

Today I will continue with my essay and we will discuss how it
is possible to reduce the price of fuel prices and to put a stop in the
already escalating cost of living.

Kerajaan Tidak Berlaku Jujur Di dalam Soal Subsidi Bahan Bakar

Kerajaan mendakwa terpaksa membelanjakan hampir RM40 Billion untuk
menampung subsidi bahan bakar. Ini adalah sebenarnya satu dusta
ataupun, satu cubaan oleh kerajaan untuk mengelirukan rakyat Malaysia.

Hakikatnya adalah,

• Kerajaan tidak menanggung satu senpun untuk subsidi bahan bakar.
• Subsidi bahan bakar juga tidak termasuk dalam data perbelanjaan kerajaan.
• Subsidi bahan bakar sebenarnya tiada.
• Yang ada hanyalah wang yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk subsidi
tol, subsidi pengangkutan awam, subsidi bahan makanan dan lain-lain
subsidi tetapi bukan untuk bahan bakar.

Oleh yang demikian, kenyataan berikut oleh Menteri Kewangan Ke Dua adalah tidak tepat dan bersifat cuba mengelirukan rakyat.

Data yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Negara jelas tidak seperti
yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan Ke Dua, Menteri-Menteri Kabinet,
Abdullah Ahmad Badawi dan juga oleh Khairy Jamaluddin di Persidangan
Agung UMNO 2007.

Data Perbendaharaan Negara menunjukkan maklumat berikut,

Menurut Laporan Perbendaharaan Negara dalam carta 4.3 Perbelanjaan
Mengurus Kerajaan Persekutuan 2008, jumlah subsidi yang ditanggung
Kerajaan pada tahun 2007 ialah RM12.1 billion iaitu 9.8% daripada RM124
Billion Perbelanjaan Mengurus Kerajaan. Manakala pada tahun 2008,
jumlah subsidi yang diramal oleh kerajaan ialah RM10.1 Billion atau
7.9% daripada jumlah RM129 Billion peruntukan Perbelanjaan Mengurus
Kerajaan yang diluluskan dalam belanjawan 2008.

Ini jelas menunjukkan bahawa perbelanjaan mengurus subsidi bahan
bakar tidak pernah termasuk didalam perbelanjaan kerajaan kerana,

• Data perbelanjaan mengurus oleh Perbendaharaan menunjukkan jumlah
yang lebih kecil dan tentu sekali tidak dapat menampung jumlah subsidi
yang kononnya berjumlah RM40 Billion.
• Jumlah subsidi bahan bakar juga tidak termasuk di dalam data-data
lain di dalam akaun kerajaan seperti yang tercatat di dalam laporan
tahunan Perbendaharaan Negara.

Oleh yang demikian, dari manakah datangnya subsidi tersebut? Subsidi tersebut sebenarnya tidak pernah wujud.

Bahan bakar yang diguna untuk keperluan domestik diperolehi menerusi,

• Mekanisme tukaran minyak mentah negara.
• 400 tong minyak mentah berkualiti “Tapis Blend” iaitu minyak mentah
berkualiti paling tinggi di tukar di pasaran global dengan keperluan
minyak mentah dalam negara.
• Minyak mentah ini setelah diproses kepada petrol dan diesel di jual kepada rakyat pada harga yang ditentukan oleh kerajaan.
• Kerajaan memperolehi “keuntungan” bersih (kerana kerajaan tidak
membelanjakan apa-apa) dari cukai yang dibayar oleh Syarikat Petroleum,
Stesen-stesen minyak dan lain-lain pembekal.

Benarkah Minyak Mentah Malaysia Hanya Untuk Beberapa Tahun Lagi?

Kebelakangan ini, rakyat diberitahu bahawa sumber petroleum Malaysia
akan berakhir dan negara akan menjadi pengimport bersih (net importer)
bahan bakar ini. Ini dijadikan alasan oleh kerajaan untuk menaikan
harga minyak dan seterusnya menarik “subsidi” bahan bakar bagi
menyediakan rakyat dengan harga semasa bila negara mula mengimport
minyak untuk kegunaan tempatan.

Bagaimanapun, Laporan Tahunan Petronas 2006 mencatatkan bahawa sumber minyak mentah Malaysia cukup sehingga tahun 2024.

Hassan Marican, Pemangku Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai
Eksekutif Petronas, pula menjelaskan kepada media bahawa pada tahun
2011 Malaysia akan menjadi net importer Petroleum kerana permintaan
dalam negara akan melebihi keluaran minyak mentah negara. Ini bererti
permintaan dalam negara akan melebihi 700 ribu tong sehari. Tetapi pada
tahun 2011 dan seterusnya, negara akan masih mampu mengeluarkan 700
ribu tong minyak mentah sehari, itu tidak dinafikan oleh beliau.

Berdasarkan Laporan Tahunan Petronas semenjak 1980 melaporkan bahawa
simpanan minyak mentah Malaysia semakin bertambah dan bukannya
berkurang. Dalam tahun 1980. Dilaporkan bahawa simpanan minyak mentah
Malaysia adalah sebanyak 3 billion tong, namun semenjak itu kita telah
mengeluarkan lebih 4 billion tong dan hari ini kita hasih mengeluarkan
sebanyak 650 ke 700 ribu tong sehari setiap hari selama 365 hari dan
pada kadar ini boleh bertahan untuk 20 tahun lagi.

Sebenarnya, simpanan minyak mentah negara semakin bertambah dan
bukannya berkurang. Pada tahun 2008, simpanan minyak mentah negara
ialah 4 billion tong dan Malaysia berada di tempat ke 28 di dalam
pemilik simpanan minyak terbesar dunia.

Minyak mentah Malaysia sebenarnya tidak akan kering dengan begitu
cepat. Ini kerana Petronas, sebuah firma petroleum yang dimiliki oleh
rakyat Malaysia melabur ratusan juta ringgit setiap tahun bagi mencari
telaga minyak baru di seluruh dunia.

Menerusi pelaburan itu terhasilnya penemuan-penemuan baru dan
menurut laporan yang sama, nisbah penggantian pada waktu ini ialah
1:1.8 liter.

Ini bererti, bagi setiap satu liter yang digunakan oleh Petronas
menemui 1.8 liter sumber baharu. Ini bermakna kadar penggantian adalah
lebih besar dari kadar penggunaan.

Penurunan Harga Minyak Tidak Mustahil

Bagi mengoptimunkan perolehan kerajaan menerusi minyak mentah
kerajaan sebenarnya tidak perlu menaikan harga minyak. Bahkan kerajaan
boleh mengoptimunkan perolehannya dengan menurunkan harga minyak pada
waktu yang sama.

Pengurangan Penggunaan Petrol dan Diesel

Harga petrol Malaysia adalah yang tertinggi di kalangan
negara-negara pengeluar minyak. Berdasarkan jumlah penduduk 26 juta
orang dan kadar pengeluaran minyak mentah sebanyak 650 ke 700 ribu tong
sehari, Malaysia mempunyai nisbah pengeluaran yang amat tinggi tetapi
ianya tidak dinikmati oleh rakyatnya yang jauh lebih rendah dari
negara-negara pengeluar lain.

Harga bahan bakar petrol dan diesel ini perlu diturunkan dan
sememangnya mampu diturunkan. Antara proses-proses yang perlu diambil
untuk menurunkannya adalah seperti berikut.

Peralihan daripada penggunaan Petrol dan Diesel kepada gas asli
untuk kenderaan atau NGV perlu dilakukan kerana faktor-faktor berikut,

• Malaysia adalah negara ke 13 di dunia mempunyai simpanan gas asli
terbesar. Pada tahun 2004, Dato’ Mustapha Mohamed mengumumkan simpanan
gas asli Malaysia adalah sebanyak 89 trillion kaki padu.
• Walaupun kerajaan menggalakan penggunaan NGV kerana ia lebih bersih
dan mesra alam tetapi kerajaan tidak mewajibkan setiap stesen minyak
menyediakan kemudahan ini. Akibatnya stesen NGV amat terhad dan
tertumpu di sekitar Lembah Klang sahaja.
• Penggunaan NGV secara meluas oleh pemilik kenderaan akan mengakibatkan permintaan terhadap petrol dan diesel berkurangan.
• Kesannya negara boleh menjual lebih minyak mentah dan ini akan membawa lebih banyak pulangan.
• Menerusi pendapatan lebihan ini, harga petrol dan diesel dapat dikurangkan lagi.

National Petroleum Advisory Council

Penubuhan semula National Petroleum Advisory Council (NPAC) bagi
mengumpulkan pakar-pakar bagi merancang guna sumber tenaga negara dan
mementuk polisi-polisi tenaga Negara yang berkesan. NPAC ditubuhkan
bersama dengan penubuhan Petronas tetapi ianya sudah tidak wujud lagi
pada hari ini.

Petronas sering mencatat keuntungan besar dari setahun ke setahun.
Dan sebagai sebuah syarikat yang menjaga khazanah milik rakyat
Malaysia, struktur organisasi Petronas perlu bermatlamat menjaga
kepentingan rakyat.

Oleh itu NPAC perlu dihidupkan semula dengan melantik tokoh-tokoh
berwibawa dan bukan semata-mata ‘perlantikan politik’. Dengan erti kata
lain, menghidupkan semula NPAC tidak bermakna jika sekadar mahu
melantik tokoh-tokoh UMNO yang telah ‘expire’ seperti contohnya dengan
melantik Abdul Rahim Thamby Chik atau Zainuddin Maidin.

Check And Balance Di Dalam Petronas

Pada hari ini, Tan Sri Dato’ Mohd. Hassan Merican memegang
ketiga-tiga jawatan tertinggi Petronas iaitu Sebagai Pengerusi,
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas. Sebelum ini dua jawatan
ini disandang oleh individu berlainan.

Tanpa mahu mempertikaikan pencapaian dan kejayaan yang dibawa oleh
Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Hassan Marican sejak diteraju Petronas, namun
dengan memegang ketiga-tiga jawatan ini, Tan Sri Dato’ Seri Mohd.
Hassan Marican menjadi begitu kuat sehingga menyukarkan check and
balance di dalam Petronas seterusnya mengakibatkan tiada ketelusan di
dalam pengurusan Petronas.

Kesimpulan

Rakyat Malaysia seharusnya menikmati kemakmuran daripada kenaikan
harga minyak dipasaran dunia. Sebagai pengeksport bersih minyak mentah,
kenaikan harga minyak beerti pulangan tambahan kepada negara.

Malang sekali, bukan sahaja tidak dapat menikmati kemakmuran
daripada sumber hasil negara ini, rakyat Malaysia dibebankan pula oleh
kenaikan harga minyak yang seterusnya memberi kesan berantai terhadap
harga barang-barang keperluan.

Berdasarkan hujah-hujah dan data-data yang telah diketengahkan,
terbukti bahawa tindakan kerajaan untuk menaikan harga minyak adalah
tidak berasas.

Ini membuktikan kelemahan di dalam pengurusan oleh kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Rakyat Malaysia seharusnya menuntut hak mengecapi kemakmuran sebagai
negara pengeluar minyak dan menyeru kerajaan menurunkan semula harga
minyak. Jika ini tidak dilakukan, ekonomi negara akan merudum dan
rakyat bukan sahaja akan menderita akibatnya tetapi terpaksa pula
berdepan dengan pelbagai masalah sosial yang berpunca darinya.

Pulangkan Hak Rakyat Segera!

Comments : 75 Comments »

Categories : Current Affairs


Kickdefella Bares All

16
06
2008

While
waiting for Petronas to bare all next week, Kickdefella reveals all the
Government and Petronas data pertaining to the petroleum revenues.
These are public data and readers can find it in the net and it is
either belong to Bank Negara Malaysia, The Treasury or Petronas itself.

Hassan Merican, the Acting Chairman, President and CEO of
Petronas claimed that Malaysia will be net importer of crude oil by
2011. He however was forced to clarify that Malaysia will become net
importer because the domestic demand of fuel is more than our supply by
2011 and not that our crude oil has dry up like what being claim by
those Pariah in the Government.

Please take note that in Petronas Yearly Report is clearly
mention that in 2006 the ‘replacement ratio’ of our crude oil is 1:1.8.
Which in layman terms, it means for every litre of petrol we use,
Petronas has found 1.8 litres of new source. Which means when the
country used 400,000 barrels of crude oil a day, Petronas found 720,000
barrels of crude oil reserve. That is 720,000 x 365 days.

Dear readers, to help us understand how the government can
actually reduce the price of petrol and diesel, I have prepared the
below essay.

Siapakah Yang Untung Dengan Kenaikan Harga Minyak Global

Jawapannya tentu sekali negara-negara pengeluar minyak, termasuklah Malaysia.

• Malaysia sebagai negara ‘net exporter’ minyak mentah menerima
habuan besar daripada kenaikan harga minyak dunia. Data-data yang
dikeluarkan oleh Kerajaan menerusi Bank negara Malaysia dan
Pembendaharaan Negara serta data-data dari Petronas sendiri menunjukkan
semenjak dunia di landa krisis harga minyak mentah yang melambung,
Malaysia menikmati pulangan yang semakin tinggi.

• Malaysia mengeluarkan 650 ke 700 ribu tong minyak mentah sehari (Bergantung kepada keluaran semasa).

• Malaysia menggunakan lebih kurang 400 ribu tong minyak mentah sehari.

• Ini bermakna Malaysia mengeksport bersih lebih 250 ribu tong sehari.

• Bagaimanapun minyak mentah keluaran Malaysia diklasifikasikan
sebagai “Tapis Blend”, yang didefinisikan oleh Exxonmobil sebagai
“Tapis Blend is a high quality, extra light, low sulfur crude. It has
high quality clean products and conversion feed.” Iaitu minyak mentah
berkualiti tinggi dan disebut oleh Hassan Merican sebagai Sweet and Light.

• Tapis Blend tidak digunakan dipasaran tempatan sebaliknya di
eksport untuk pasaran luar negara pada harga yang mencecah 30% lebih
tinggi dari harga minyak mentah yang digunakan didalam negara.

Mekanisme Penjualan Minyak Mentah Malaysia

Sebelum 2004, minyak mentah Malaysia di jual pada kadar USD30.00
satu tong. Hari ini harga pasaran bagi minyak mentah global berkisar di
paras lebih USD130.00 satu tong. Ini beerti pendapatan negara menerusi
segala bentuk cukai juga meningkat.

Telaga minyak di Malaysia dikendalikan oleh Petronas dan beberapa
syarikat pengeluar minyak antarabangsa. Syarikat pengeluar ini mendapat
keuntungan amat besar pada harga pasaran hari ini.

Tun Dr. Mahathir Mohamed, selaku Penasihat Petronas menulis di
blognya, “Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran (Oleh
Petronas semenjak 3 tahun lalu) oleh itu lebihan USD100.00 satu tong
boleh di anggap untung bersih.”

Oleh yang demikian, memandangkan Malaysia memiliki lebihan
sekurang-kurangnya 250 ribu tong sehari setelah ditolak penggunaan
tempatan maka bagi setiap 1 tong itu pengeluar mendapat untuk bersih
tidak kurang USD100.00.

250 tong x USD100 x 365 hari = Untung Bersih

Ini bererti pengeluar mendapat keuntungan berlipat ganda dan mereka terpaksa membayar cukai yang lebih tinggi kepada kerajaan.

Kesannya, kerajaan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi menerusi
cukai langsung, cukai tidak langsung, dividen dan royalti dari hasil
petroleum dan gas, berbanding 3 tahun yang lalu.

Data Perbedaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan
melonjak semenjak Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan
ini adalah disebabkan kenaikan hasil yang diperolehi kerajaan menerusi

• Cukai Langsung dari Cukai Pendapatan Syarikat Petroleum yang
meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 20.7 B dalam tahun
2006.

• Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 2.3 B pada tahun 2006.
• Hasil Bukan Cukai – Dividen Petronas daripada RM9.1 B dalam tahun
kewangan 2004 yang melonjak 100% kepada RM18.0 B pada tahun berakhir
2006.
• Hasil Bukan Cukai – Royalti Petroleum dan Gas yang meningkat dari RM2.5 B pada tahun 2004 kepada RM4.2 B pada tahun 2006.

Benarkah Subsidi Petroleum Membebankan Negara

Kerajaan mendakwa bahawa kenaikan harga minyak mentah di pasaran
dunia mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi petrol
dan diesel yang tinggi.

Sebaliknya, data-data dari sumber rasmi kerajaan membuktikan
sebaliknya. Data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan
pada tahun 2004, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM5.8 B untuk segala
subsidi iaitu termasuk subsidi bahan bakar (Petrol, Diesel dan
lain-lain), subsidi bahan makanan dan lain-lain.

Pada tahun 2005, perbelanjaan kerajaan bagi tujuan subsidi
bagaimanapun meningkat hampir 3 kali ganda kepada RM13.4 B tetapi
perbelanjaan untuk subsidi bagaimanapun menurun semula pada tahun 2006
kepada hanya RM10.1 B.

Walaupun kenaikan pendapatan hasil kerajaan dari sumber Petroleum
meningkat dengan mendadak yang membuktikan hasil kerajaan turut
meningkat setiap kali harga minyak mentah dunia meningkat, tetapi
subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak meningkat pada peratusan
yang sama.

Ini membuktikan bahawa kerajaan masih mengalami perolehan lebihan
jika ia mengekalkan harga Petrol dan Diesel pada harga yang lama.

Pada tahun 2004, kerajaan membelanjakan sebanyak 6.3% dari
Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan untuk subsidi (termasuk
segala bentuk subsidi) dan mencatat peningkatan kepada 13.7% pada tahun
2005 tetapi menurun semula kepada 9.4% pada tahun 2006. Subsidi yang
dibelanjakan oleh kerajaan hanya mencatat peningkatan pada 0.4% dalam
tahun 2007 walaupun kerajaan tidak menaikan harga bahan bakar sepanjang
tahun itu.

Oleh yang demikian sebenarnya jelas bahawa subsidi bahan bakar petrol dan diesel sebenarnya tidak membebankan negara.

Mengapa Subsidi Petrol dan Diesel tidak membebankan Negara

Seperti yang dijelaskan, Malaysia mengeluarkan 650 ke 700 tibu tong
minyak mentah sehari. Kegunaan dalam negara pula hanyalah 400 ribu tong
sehari. Negara mengalami lebihan 250 ke 300 ribu tong sehari untuk
dieksport ke luar negara.

Memandangkan kegunaan minyak mentah dalam negara tidak memerlukan
minyak mentah berkualiti tinggi, maka 400 ribu tong minyak mentah yang
dikhaskan untuk kegunaan dalam negara di tukar di pasaran dengan 400
ribu tong minyak minyak berkualiti rendah. Pertukaran ini juga
menguntungkan negara kerana minyak mentah negara dari kelas Tapis Blend
yang harga lebih tinggi dari minyak mentah yang diperlukan oleh negara.
Ini bermakna negara samada mendapat lebih minyak atau mendapat pulangan
kewangan bersama minyak yang ditukar itu.

 

Ini bererti, sebarang kenaikan harga minyak mentah dalam pasaran global langsung tidak menjejaskan negara.

Oleh yang demikian tiada sebab mengapa kerajaan perlu menaikan harga
petrol dan diesel dengan memberi alasan mengurangkan subsidi terhadap
bahan bakar tersebut!

Leave a Reply